Search This Blog

Saturday, July 30, 2022

Buku Baru Mulai Dengan Indah 1444H Muharram

Assalamualaikum,

Salam Muharram 1444H buat semua! Alhamdulillah sudah habis amalan-amalan kita di tahun 1443H. Tahun yang indah kerana setahun lengkap berada di Mekah dan hanya pada bulan Ramadhan sahaja di tanah Malaysia. InsyaAllah, segala niat baik dan pahala yang diredhai dan dirahmati Allah itu menjaga kita sehari-hari. Halal dan haram itu sepanjang tahun tersebut, mudah-mudahan dimaafkan dan diperingat lebih kerap. Baiklah, teruskan Islam dan perjuangan di tahun ini. Doakan ya!

Banyak yang terjadi hanya pada 1 Muharram hari ini. Kerjanya ialah tadi waktu malam. Jadinya, sambil-sambil jaga pesakit dan bagi ubatnya, sambil-sambil juga melihat penukaran Kaswah Kaaba. Indah sangat, waktu Mecca sekitar pukul 0100 pagi dan secara langsung memang disiarkan di setiap bilik pesakit. Sungguh berkah kerjanya, suka betul. Tenang betul, pastu bila melihat proses itu, mulut juga istigfar melihat Kebesaran Allah dan doa tak putus-putus agar hati ini tetap pada Islam dan kukuh. Aammin.


Sebenarnya ada niat untuk belanja makan rakan-rakan kerja malam, tapi bila ditanya mereka kata tidak perlu sebab ada makanan mereka belanja. Dalam pukul 0300 pagi, kawan ajak makan Paratha dan kari daging. Rezeki ya, moga kawanya itu bertambah rezeki juga-membuatkan hati teringat makanan di Malaysia Indian. Memmang daripada dulu, minat sangat roti canai ini, jadi ia menjadikan menyebut Alhamdulillah! Kenyang dan terus minum air sebotol penuh dan mulai niat puasa 1 Muharram. InsyaAllah diterima Allah-mulai buku baru dengan amalan baik daripada sebelumnya.

Kebetulan, pesakit semua sangat baik-baik. Jadi, mahu membalas kebaikan-selepas Fajr. Jadi, mula untuk membuka applikasi untuk menempah makanan-Pancake Kudu x8. Tapi sayang, mungkin ramai orang Arabnya yang berjaga malam-jadi tiada mahu menerima pesanannya. Takpelah, InsyaAllah ada rezeki lain, Sambil-sambil duduk tunggu waktu untuk habis kerja. Datang kawan pesakit dan memberi Roti Arab dan kari ayam dan ikan. Besar betul roti Arabnya, dan sampai dua bekas diberinya. Ya Allah, sungguh penuh rezeki hari ini. 


Masa mahu balik, sedekah lah makanan hospital dan 50:50 adakah mahu membawa balik makanan hadiah tadi. Jadi, tetapkan hati bawak jela balik-nanti ada kawan-kawan Malaysia boleh makan. Ragu-ragu juga adakah mahu teruskan puasa, godaan betul. Balik kerja-mandi dan terus tidur. Ku mahu teruskan pusa 1 Muharram! Dush-dush jauhi nafsu ini. Sebelum itu, tinggalkan mesej untuk kawan-kawan makan. Dan sampai pukul 0100 tengahari, solat Zohor-bangun dan kawan ajak makan Bubur Kacang. Ya Allah, rezeki melimpah, teruskanlah rezeki membuak-buak tidak putus ini seperti Air Zam-Zam buatkan sehingga air hayat Ya Allah.

Dikongsikan disini bukan sebab hendak menerima riak atau apa, tapi ingin ia menjadi kisah peribadi yang indah dan mudah-mudahan ia menjadi teladan buat kita semua supaya teruskan buat amalan baik tanpa mengharapkan balasan selain Keredhaan dan pahala daripada Allah. InsyaAllah, Allah memelihara perjalanan setapak-tapak kita. Ia juga membuatkan diri ini supaya menambahkan amalan sedekah dan jauhi sikap tamak. Tangan memberi itu disayangi Allah dan moga yang menerima mendapat keberkatan daripadanya. 

Baiklah, Muslim-Muslimat semua-Salam Muharram 1444H.

Edit: Pukul 0130 pagi, dapat mesej daripada kawan Malaysia-Ada Mcd McChicken dekat luar. Nanti makan (yeah buat makan pagi). Alhamdulillah, berpanjangan rezekinya! Moga-moga kita semua sama-sama mempunyai sifat pemurah seperti ini bila-bila masa sahaja dan dimana sahaja. InsyaAllah segala kebaiakan yang dibuat mereka atau diri ini akan dibalas kebaikan yang sama. Yang paling penting, niatnya kerana Allah dan mengejar pahala.

End of 2023

 Hai, Apa khabar semua? Lama benar rasanya tidak menjengah blog ini, datang sini pun sebab rindu. Tidak langsung peduli untuk menaip dan ber...